Thursday, June 10, 2010

Taman Negara Johor, Gunung Ledang




Kawasan rekreasi Air terjun Gunung Ledang terletak di daerah Muar Negeri Johor. Kesempatan kali ini bermalam di kawasan Taman Negara Johor yang merupakan kawasan yang bukan komersil dan tidak ramai datang yang mengunjungi kawasan perkelahan ini.

Chalet boleh disewa dengan harga diantara RM60-RM250. Kawasan ini sesuai bagi aktiviti perkhemahan dan perkelahan keluarga.

Harap suatu hari nanti dapat meneroka sepenuhnya kawasan Taman Negara Johor ini atau sekurang-kurangnya sampai ke puncak gunung Ledang.

Untuk gambar kualiti tinggi sila lawati www.flickr.com/maza3550.



Air Terjun Sungai Bantang, Bekok


Air Terjun Sungai Bantang Bekok terletak di Daerah Segamat antara kawasan rekreasi cantik dan masih mengekalkan keindahan dan kecantikan alam semulajadi. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari Bandar Labis, istimewanya tidak dikenakan sebarang bayaran masuk dan terletak dalam kawasan Taman negara Johor.

Masih tiada aktiviti komersial kecuali pondok-pondok berehat surau dan tandas, kawasan ini masih mengekalkan keindahan flora dan fauna. Apa yang kurang menyenangkan sampah sarap bersepah-sepah berselerakan mencacatkan pemandangan di sekitar kawasan perkelahan. Aktiviti perkhemahan kerap diadakan di kawasan ini memandangkan kemudahan tapak khemah telah disediakan bagi tujuan itu.

Mengambil gambar menggunakan tripod(cap ayam) dan setting f22 dan masa 5s. Oleh kerana cahaya matahari telah memancar sampai, tidak banyak peluang mendapatkan gambar pergerakan air yang cantik. Kaedah sebenar adalah menggunakan ND atau C-PL filter. dengan harapan kepulangan sekali lagi ke Johor dapatlah mengambil gambar air terjun ini dengan ND filter


Gambar lawatan ke kawasan Orang Asli Bekok di kawasan Air terjun Bekok suatu ketika semasa perkhemahan sekolah. Tak pasti samada masih terdapat lagi penempatan orang asli itu sekarang.

Saturday, June 5, 2010

Orchid Garden Kuching

Seperti biasa lawatan hujung minggu untuk sesi bergambar. Taman Orkid Kuching bertempat di sebelah bangunan DUN baru dan Astana. boleh menaiki bot penambang datang dari tebingan kuching ke Pengkalan Sapi. Masuk percuma. Tempat ini baru je dibuka semula selepas ditutup di kawasan lama tempat bangunan DUN baru dibina. Apa yang bestnya tempat ni. Sesuai bagi pecinta Bunga/orkid atau tempat untuk bergambar, mengambil gambar dll.

Taman yang sesuai untuk sesi photograhy.






Memerlukan Lens Macro (Cth Canon 100mm 2.8L IS, Tamron 90mm 2.8, 105 mm 2.8) jika inginkan gambar yang betul2 menarik. Apa yang berbeza Lens Macro dengan Lens biasa, Boleh ambil gambar pada jarak yang sangat dekat dengan objek dengan kualiti yang sangat baik. Oleh kerana sendiri pun belum mampu beli jadi pakaila apa yang ada, lens kit aje. Antara gambar yang berjaya dirakamkan



Friday, June 4, 2010

Matang Wildlife Centre

Setelah lima tahun berada di Politeknik dan duduk bersebelahan Matang wildlife Centre, baru-baru ni berpeluang meneroka Taman Hidupan Liar Matang. Ketiadaan maklumat, promosi dan bayaran masuk yang mahal berbanding perkhidmatan (RM10 dewasa) mungkin menyebabkan kurang popular. Antara binatang yang terdapat di Taman ini, yang paling Utama Orang Utan, monyet, beruang dan sebagainya. Yang kurang menyenangkan adalah penyelenggaraan yang kurang memuaskan dan binatang macam keboringan? juga banyak sangkar yang telah kosong.

Kerajaan Sarawak sepatutnya menaiktaraf tempat ini dan jadikan tempat yang betul-betul boleh menarik pengunjung seperti Zoo Taiping dan Zoo Melaka supaya dapat menarik perhatian pengunjung datang ke Sarawak. Dengan lokasi yang tidak jauh dengan kawasan bandar dan pembinaan jalan baru Matang, sepatutnya Taman Hidupan liar ini boleh dijadikan tempat tarikan utama pengunjung diwaktu hujung minggu dan cuti sekolah.

Rusa ada 5 ekor

Orang Utang yang keboringan

Monyet ini sangat aktif. Satu-satunya gambar yang berjaya dirakam

Binturung/ Bearcat yang bermalas-malasan

Huh.. Kita diperhatikan.

Gambar lain boleh dilihat di www.flickr.com/maza3550. Malas nak upload banyak2 gambar



Matang Wildlife Centre
Kuching Sarawak
30/05/20

Thursday, June 3, 2010

Lawatan ke Semenggoh Wildlife Centre


Hujung minggu yang membosankan, mencari ilham berjalan2 dan satu tempat yang dah lama dah teringin nak pegi, tapi tak pegi2, Pusat hidupan Liar Semenggoh. Berbekalkan 500D, Perjalanan lebih kurang 20 minit dari Kuching Ke Serian, Jalan yang sama ke Borneo High. Bayaran RM3. Okla. Kenderaan boleh masuk dalam. Jauh juga kalau nak menapak dari Pintu masuk ke tempat peliharaan Orang Utan. Okla adalah gambar aksi yang berjaya dirakamkan. Flash tidak dibenarkan, jadi hanya guna neutral light dan lens yang tak brapala jauhnya. 135MM maksimum. Kalaulah ada 70-200mm 2.8 IS L ke memang yang paling terbaik untuk ambil gambar orang utan ni (Harga boleh beli motor modenas 2 biji).

Mungkin ada amatur photograper yang bertanya kenapa perlu DSLR semi pro atau pro sedangkan DSLR murah Kualiti Lebih baik, Mega Pixel lagi tinggi, teknologi lagi terkini dll. Contoh canon 1D mark ii 8MP(Profesional) vs 550D 18MP (amatur). Jawapannya, ambil gambar binatang yang aktif macam Urang Utan ni. Susah untuk dapatkan gambar yang sharp dan autofocus yang pantas guna camera Amatur. sama juga dengan gambar sport dan ambil gambar pergerakan pantas. (Dalam masa yang sama menyimpan hasrat upgrade my500d). Tiada gambar orang Utan bergerak yang berjaya dirakam. Gambar statik ok.

Semenggoh Wildlife Centre
Kuching, Sarawak
29/05/2010