Showing posts with label poliku. Show all posts
Showing posts with label poliku. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Try Test Bola @ Stadium @ Malam

Pada ahad malam lepas berlangsungnya perlawanan suka-suka antara Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan Kumpulan Serpihan(Gabungan beberapa jabatan kurang staf JKPK, JTMK, JMSK, JKA, JPA) di Stadium Negeri Sarawak. Kesempatan diambil blaja jadi cameraman dengan slow lens 18-135MM. Suatu yang pasti setting Auto pada camera bukan satu pilihan. Flash, macam tak sampai, Pilihan yang ada guna mode manual (M) f 5.6, 1/100s, iso 3200. 500D pada iso 3200 boleh tahan jugak. Masa 1/100s bukanya masa yang pantas sebab tak dapat tangkap pergerakan pantas, tapi masa yang lebih cepat, gambar jadi gelap. Antara gambar yang berjaya dirakamkan malam itu. Jauh sangat dari gambar profesional.




kesimpulan daripada latihan menembak ahad malam, Kamera untuk sukan, lagi2 waktu malam perlukan paling koman 50D atau 7D atau yang paling best 1D (10fps) atau D3S dan Fast lens 70-200MM 2.8 paling cikai, nak best prime lens mcm 300MM 2.8, 200MM 2.0 yang harganya boleh beli sebiji kancil . Senang kata serahkan tugas sukan pada yang pakar.

Stadium Negeri Sarawak
Kuching, Sarawak
08/08/2010

Saturday, August 7, 2010

First time Using Studio Kit


Hari jumaat lepas saje try guna studio kit yang tak brapa lengkap sebab (1) lightning kit hanya boleh pakai optical trigger, perlu pop-up flashlight, peralatan zaman abad ke 20..... (2) Tiada flash meter, jadi main blasah je setting manual. try n error. (3) Model yang kurang profesional. hahaha. (4)Last skali takda cikgu. Walaupun dah baca di internet, tapi hampir2 gagal, berjaya mengedit gambar dan hasilnya dibawah. Ujian kedua akan dibuat pada minggu depan sebelum boleh ambil gambar pasport staf - staf jabatan.

Contoh gambar dah siap edit


Gambar edit - tambah background.

Gambar edit - tambah background lain skit.

Walaupun kurang berjaya, tapi puas hati sebab dapat belajar benda baru, belajar edit try n error n jahanam. Cuba lagi lain kali..


Studio Pusat Multimedia
Politeknik Kuching Sarawak
06/08/2010



Monday, July 5, 2010

Landscape - Matang Family Park


Kawasan perkelahan ni terletak di laluan ke Politeknik dan hari-hari lalu cuma malas nak meneroka kawasan ni. Kali ni 02/07/10 berpeluang menyelusuri kawasan sepanjang Air terjun. Musim kemarau, jadi air cetek. Dibawah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan. Setting Av(A) f22. Filter CPL cap ayam danTripod. Agak berguna juga CPL cap ayam ni. Harap dapatla beli filter ND berkualiti suatu hari nanti - tunggu 11-66 2.8 dulu kot.


Suatu yang dipelajari, masa dan musim, selain tempat yang sesuai sangat penting bagi menghasilkan gambar pemandangan (landscape) yang berkualiti. Gambar 8am akan berbeza dengan gambar pada 12am. Gambar musim kemarau berbeza dengan gambar musim hujan.

Cuba lagi di musim yang lain.........