Showing posts with label Landskap. Show all posts
Showing posts with label Landskap. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Colours Of Nature - Borneo Highlands Resort

Borneo Highlands Resort terletak di Serian Kuching. Merupakan kawasan tanah tinggi, terdapat chalet untuk golongan elit (sebab mahal sangat). boleh layari http://www.borneohighlands.com.my/. Hanya dibuka untuk lawatan sekitar bulan kemerdekaan 28/8/2010-16/09/2010 sempena Colours Of Nature dengan bayaran rm30 kekawasan plateau entrance atau boleh pakai kenderaan sendiri(kalau berani). Naik ke puncak Borneo dan kawasan kebun sayur dan kebun bunga RM20. bagi golongan kaki gambar merupakan pengalaman beharga, cuma kene datang awal pagi baru syok.
Ketibaan ketika matahari dah atas kepala, gambar pun nampak biasa-biasa. Paling awal kenderaan boleh naik pukul 7.00 pagi. Kami naik yang pukul 11.00 pagi.

Perjalanan naik ke kawasan plateau entrance/Tanah tinggi. Kenderaan bukan 4 wheel drive cubala naik kalau berani.

Kawasan tanah tinggi, Japanese Tea House. Kawasan kami strobist. Kali pertama lihat orang/berlakon buat strobist.

Menara dan kawasan bunga-bungaan. Orang kata tahun lepas punya program lagi banyak bunga berkembang. Harap-harap pergi tahun depan bunga lagi banyak.

Last sekali Puncak Borneo Highlands dan menara untuk lihat pemandangan sekitar Banjaran Kalimantan. Kabus pada gambar diatas terjadi masa kami tengah berehat, tiba-tiba kabus menyelubungi sekitar kawasan. Pertembungan udara panas dan sejuk. Satu keindahan alam yang tak akan dapat kami lupakan. Subhanallah.

Kepada sesiapa yang nak datang untuk ambil gambar pemandangan /landscape dicadangkan datang awal pagi. boleh lihat di Laman Web Borneo Highlands, Gambar waktu matahari naik memang mengancam. Jangan lupa bawa Ultra Wide Angle Lens untuk Landscape dan Macro untuk gambar bunga.

Borneo Highlands Resort
Kuching Sarawak
28/08/2010




Monday, July 5, 2010

Landscape - Matang Family Park


Kawasan perkelahan ni terletak di laluan ke Politeknik dan hari-hari lalu cuma malas nak meneroka kawasan ni. Kali ni 02/07/10 berpeluang menyelusuri kawasan sepanjang Air terjun. Musim kemarau, jadi air cetek. Dibawah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan. Setting Av(A) f22. Filter CPL cap ayam danTripod. Agak berguna juga CPL cap ayam ni. Harap dapatla beli filter ND berkualiti suatu hari nanti - tunggu 11-66 2.8 dulu kot.


Suatu yang dipelajari, masa dan musim, selain tempat yang sesuai sangat penting bagi menghasilkan gambar pemandangan (landscape) yang berkualiti. Gambar 8am akan berbeza dengan gambar pada 12am. Gambar musim kemarau berbeza dengan gambar musim hujan.

Cuba lagi di musim yang lain.........

Sunday, May 16, 2010

Pantai Pasir Pandak

Pantai Pasir Pandak terletak dalam perjalanan dari kuching ke santubung. Apa yang bestnya, masuk free. Pasir cantik n bersih. Cuma sampah2 dari manusia yang jadi kurang bersih. Sesuaila untuk aktiviti hari keluarga. Gambar ini diambil waktu sunset. Yang takbestnye matahari dilindungi Pulau, Jadi tak nampakla matahari turun di horizon laut. Cuaca pada haritu pun mendung jadi gambar kurang menarik. Satu lagi elemen penting untuk gambar yang cantik ada objek lain selain Air dan pantai. Biasanya bot ke orang ke macam kat bawah ni. Lagi unik bendanya lagi cantik gambarnya.


Pantai Pasir Pandak
Sarawak
16 Mei 2010

Saturday, May 15, 2010

Kampung Telaga Air

Kampung telaga Air merupakan perkampungan nelayan terletak di di Kuching Sarawak. Bagi pecinta fotografi, Suasana kampung dan tepian laut/ sungai memang kawasan yang sesuai untuk bergambar. Ni sebahagian gambar untuk sajian semua. Belum tahap Profesional lagi, tapi sesuailah dengan setahun jagung dalam dunia fotografi ni. Gambar ni diambil waktu pagi. Belum mampu pakai filter (CPL, ND UV dll) jadi gambar banyak yang difilter secara digital@photoshop. Apa yang best tentang tempat ni. Makan tengahari dengan pemandangan yang cantik dan ikan segar.

Sampan itu

Kapal itu telah tersadai kerana....

Jeti lama

Di keindahan pagi itu


Kampung Telaga Air
Sarawak
15 Mei 2010