Borneo Highlands Resort terletak di Serian Kuching. Merupakan kawasan tanah tinggi, terdapat chalet untuk golongan elit (sebab mahal sangat). boleh layari http://www.borneohighlands.com.my/. Hanya dibuka untuk lawatan sekitar bulan kemerdekaan 28/8/2010-16/09/2010 sempena Colours Of Nature dengan bayaran rm30 kekawasan plateau entrance atau boleh pakai kenderaan sendiri(kalau berani). Naik ke puncak Borneo dan kawasan kebun sayur dan kebun bunga RM20. bagi golongan kaki gambar merupakan pengalaman beharga, cuma kene datang awal pagi baru syok.
Ketibaan ketika matahari dah atas kepala, gambar pun nampak biasa-biasa. Paling awal kenderaan boleh naik pukul 7.00 pagi. Kami naik yang pukul 11.00 pagi.
Perjalanan naik ke kawasan plateau entrance/Tanah tinggi. Kenderaan bukan 4 wheel drive cubala naik kalau berani.
Kawasan tanah tinggi, Japanese Tea House. Kawasan kami strobist. Kali pertama lihat orang/berlakon buat strobist.
Menara dan kawasan bunga-bungaan. Orang kata tahun lepas punya program lagi banyak bunga berkembang. Harap-harap pergi tahun depan bunga lagi banyak.
Last sekali Puncak Borneo Highlands dan menara untuk lihat pemandangan sekitar Banjaran Kalimantan. Kabus pada gambar diatas terjadi masa kami tengah berehat, tiba-tiba kabus menyelubungi sekitar kawasan. Pertembungan udara panas dan sejuk. Satu keindahan alam yang tak akan dapat kami lupakan. Subhanallah.
Kepada sesiapa yang nak datang untuk ambil gambar pemandangan /landscape dicadangkan datang awal pagi. boleh lihat di Laman Web Borneo Highlands, Gambar waktu matahari naik memang mengancam. Jangan lupa bawa Ultra Wide Angle Lens untuk Landscape dan Macro untuk gambar bunga.
Borneo Highlands Resort
Kuching Sarawak
28/08/2010
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete