Sarawak Regatta mempunyai sejarah yang cukup panjang, bermula tahun 1872 sehingga kini setiap tahun diadakan di Tebingan Sarawak. Apa yang menariknya ada macam-macam aktiviti sampingan. Sempat singgah masa upacara penutup yang cukup meriah, dapatlah merakam peristiwa2 yang berlaku sekitar Tebingan Kuching. Walaupun lama dah duduk Kuching tapi kira kali pertama datang, mana tau jadi Sarawak Regatta terakhir dapat lihat.
Sekitar perasmian penutup. Pengunjung/cameraman dari sebelah seberang Astana mungkin kecewalah sebab pemandangan agak jauh dari Astana.
Upacara membelibelah. Upacara kesukaan isteri saya. hahaha....
Ramai juga orang kelantan yang berniaga pakaian/tudung dll. Harga tak pastilah.
Pameran Motor berkuasa tinggi. sapa yang berminat boleh join.
Barangan kraftangan banyak macam ada model2 baru yang tak ada kat kedai Waterfront. Agaknyala
Pameran dan Jualan barangan kraf.
Banyak lagi aktiviti sempena Sarawak Regatta dari 30/7/10 sampai 1/8/10. Boleh lawati http://www.sarawakregatta.com/ untuk lihat aktiviti sepanjang Sarawak Regatta.
Kadang2 terpikir diri lebih minat ambil gambar aktiviti daripada ambil gambar estatik. Mungkin sebab malas nak edit/bukan orang seni. Setting pun pakai jpeg 8Mpixel (3MB) walaupun boleh guna RAW 15MPixel (20MB).- Camera slow / harddisk penuh/ sebenarnya.
18-135, Tak jauh sangat dan tak wide sangat untuk rakam peristiwa. Rasanya kene kumpul duit untuk invest lens yang Ultra wide (<18mm)>200mm).
Sarawak Regatta 2010
Kuching Waterfront
30/7/10 - 1/8/10
Salam, tuan punya blog..sy mohon pinjam gmbar sbg research sy utk assignment sy tntg Sarawak Regatta ni. Entry ni sgt membantu. Harap encik tak keberatan. terima kasih.
ReplyDelete