Showing posts with label matang. Show all posts
Showing posts with label matang. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Landscape - Matang Family Park


Kawasan perkelahan ni terletak di laluan ke Politeknik dan hari-hari lalu cuma malas nak meneroka kawasan ni. Kali ni 02/07/10 berpeluang menyelusuri kawasan sepanjang Air terjun. Musim kemarau, jadi air cetek. Dibawah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan. Setting Av(A) f22. Filter CPL cap ayam danTripod. Agak berguna juga CPL cap ayam ni. Harap dapatla beli filter ND berkualiti suatu hari nanti - tunggu 11-66 2.8 dulu kot.


Suatu yang dipelajari, masa dan musim, selain tempat yang sesuai sangat penting bagi menghasilkan gambar pemandangan (landscape) yang berkualiti. Gambar 8am akan berbeza dengan gambar pada 12am. Gambar musim kemarau berbeza dengan gambar musim hujan.

Cuba lagi di musim yang lain.........

Friday, June 4, 2010

Matang Wildlife Centre

Setelah lima tahun berada di Politeknik dan duduk bersebelahan Matang wildlife Centre, baru-baru ni berpeluang meneroka Taman Hidupan Liar Matang. Ketiadaan maklumat, promosi dan bayaran masuk yang mahal berbanding perkhidmatan (RM10 dewasa) mungkin menyebabkan kurang popular. Antara binatang yang terdapat di Taman ini, yang paling Utama Orang Utan, monyet, beruang dan sebagainya. Yang kurang menyenangkan adalah penyelenggaraan yang kurang memuaskan dan binatang macam keboringan? juga banyak sangkar yang telah kosong.

Kerajaan Sarawak sepatutnya menaiktaraf tempat ini dan jadikan tempat yang betul-betul boleh menarik pengunjung seperti Zoo Taiping dan Zoo Melaka supaya dapat menarik perhatian pengunjung datang ke Sarawak. Dengan lokasi yang tidak jauh dengan kawasan bandar dan pembinaan jalan baru Matang, sepatutnya Taman Hidupan liar ini boleh dijadikan tempat tarikan utama pengunjung diwaktu hujung minggu dan cuti sekolah.

Rusa ada 5 ekor

Orang Utang yang keboringan

Monyet ini sangat aktif. Satu-satunya gambar yang berjaya dirakam

Binturung/ Bearcat yang bermalas-malasan

Huh.. Kita diperhatikan.

Gambar lain boleh dilihat di www.flickr.com/maza3550. Malas nak upload banyak2 gambar



Matang Wildlife Centre
Kuching Sarawak
30/05/20