Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Pasar minggu Satok

Hari minggu sambil bawa adik2 jalan2 di Sekitar Pasar Satok Kuching, sempatlah mengambil gambar walaupun dah hampir setiap minggu datang. Kali ni ambil gambar objek atau barang2 yang biasa dicari di Pasar satok selain cari Ikan terubuk Masin. Tempat yang murah untuk beli barang-barang cenderahati macam keychain, kain batik Sarawak perhiasan kristal dan mutiara.Cuma masalahnya pasar sebegini hanya dibuat pada Sabtu dan ahad. Datang ke Kuching Selain Sabtu dan ahad, pilihan yang ada cuma dideretan Kedai di Waterfront Kuching.

Ditegur bila ambil gambar ni. Pernah juga ditegur di deretan kedai Waterfront. Rasanya sebab takut gambar dirakam untuk tujuan ditiru rekabentuknya.

Kucing @ kuching

Kain batik Sarawak.

Kristal walaupun tidak semurah Sabah, tapi okla kalau nak buat suka-suka

Pasar Minggu Satok
Kuching Sarawak
22/08/2010

Monday, August 23, 2010

Makan Makan berbuka Puasa - Nyam nyam

Bulan puasa adalah bulan yang istimewa bukan hanya kerana ibadah puasa, tapi pelbagai juadah yang mudah didapati di bazar-bazar ramadhan yang tidak boleh dijumpai di bulan selain ramadhan. Jadi ambilah kesempatan ambil gambar makanan sambil bosan-bosan tunggu waktu berbuka. Pakai lens murah 50MM 1.8II (RM 3xx ) @ natural light.



Kak Lapis Basah Mira, Kedai kek di Astana. Boleh tahan rasanya sebab guna butter bukan margerin dan harganya murah. RM 1x.00.



Ketam masak lemak, ikan masak sweet sour



Ikan terubuk bakar. Ikan segar, bukan ikan masin RM14.00 Bazar Matang.


Dari sebiji Mangga. Amacam besar tak.


Last skali Pizza Hut. Yang terbaru........


Makan-makan ramadhan
Matang Jaya

Wednesday, August 4, 2010

Sarawak Regatta 2010 - Kuching Waterfront

Sarawak Regatta mempunyai sejarah yang cukup panjang, bermula tahun 1872 sehingga kini setiap tahun diadakan di Tebingan Sarawak. Apa yang menariknya ada macam-macam aktiviti sampingan. Sempat singgah masa upacara penutup yang cukup meriah, dapatlah merakam peristiwa2 yang berlaku sekitar Tebingan Kuching. Walaupun lama dah duduk Kuching tapi kira kali pertama datang, mana tau jadi Sarawak Regatta terakhir dapat lihat.

Sekitar perasmian penutup. Pengunjung/cameraman dari sebelah seberang Astana mungkin kecewalah sebab pemandangan agak jauh dari Astana.


Upacara membelibelah. Upacara kesukaan isteri saya. hahaha....
Ramai juga orang kelantan yang berniaga pakaian/tudung dll. Harga tak pastilah.

Pameran Motor berkuasa tinggi. sapa yang berminat boleh join.


Barangan kraftangan banyak macam ada model2 baru yang tak ada kat kedai Waterfront. Agaknyala

Pameran dan Jualan barangan kraf.

Banyak lagi aktiviti sempena Sarawak Regatta dari 30/7/10 sampai 1/8/10. Boleh lawati http://www.sarawakregatta.com/ untuk lihat aktiviti sepanjang Sarawak Regatta.

Kadang2 terpikir diri lebih minat ambil gambar aktiviti daripada ambil gambar estatik. Mungkin sebab malas nak edit/bukan orang seni. Setting pun pakai jpeg 8Mpixel (3MB) walaupun boleh guna RAW 15MPixel (20MB).- Camera slow / harddisk penuh/ sebenarnya.

18-135, Tak jauh sangat dan tak wide sangat untuk rakam peristiwa. Rasanya kene kumpul duit untuk invest lens yang Ultra wide (<18mm)>200mm).

Sarawak Regatta 2010
Kuching Waterfront
30/7/10 - 1/8/10

Saturday, July 31, 2010

Pantai Rambungan Kuching

Rambungan Pantai yang dilupakan. Yang ada cuma Chalet yang ditinggalkan, kediaman peribadi tanpa penghuni. Mungkin rumah untuk kediaman hujung minggu/rumah kedua. Kalaulah boleh buat rumah di pantai Rambungan ni......
Bermain dengan bayang

Pakcik/Rokok Gulung/atas feri

Feri Seketi2 - Kalaulah boleh balik Johor naik feri ni, mesti best. Bukan feri. Apatah namanya

Pantai Rambungan. The Journey continues......

Rambungan - Gua Angin - Mini Zoo
Kuching Sarawak
24/07/10

Saturday, July 10, 2010

First Photo outing - Serikin, Kuching

Walaupun Serikin bukanla tempat asing, senang cerita kawasan wajib dilawati kalau nak balik kampung, Kali ni berpeluang hadir bersama otai-otai fotografi termasukla Sifu Syahrin Abul Aziz. Beramai2 bermakna kurang skit malu2 nak bergambar. Kalau nak kenal sapa Sifu Syahrin ni boleh lawatihttp://www.syahrinaziz.com.

Canon 500D paling cikai, Olympus E-3 12-60mm, Canon 40D 70-200mm

500D bersama abg2nya Canon 7D 50mm L, 5D mkii 24-70 dan Nikon D300. Rasa macam nak upgrade

Air Tebu & Panas terik......


Ipin di Serikin

Ironiknya gambar-gambar ni dari PnS LX-3, bukan DSLR. Hemmmm........ . Gambar lain macam biasa www.flikr.com/maza3550.

Photojournalism - Serikin
Kuching, Sarawak
11/07/2010

Saturday, May 15, 2010

Kampung Telaga Air

Kampung telaga Air merupakan perkampungan nelayan terletak di di Kuching Sarawak. Bagi pecinta fotografi, Suasana kampung dan tepian laut/ sungai memang kawasan yang sesuai untuk bergambar. Ni sebahagian gambar untuk sajian semua. Belum tahap Profesional lagi, tapi sesuailah dengan setahun jagung dalam dunia fotografi ni. Gambar ni diambil waktu pagi. Belum mampu pakai filter (CPL, ND UV dll) jadi gambar banyak yang difilter secara digital@photoshop. Apa yang best tentang tempat ni. Makan tengahari dengan pemandangan yang cantik dan ikan segar.

Sampan itu

Kapal itu telah tersadai kerana....

Jeti lama

Di keindahan pagi itu


Kampung Telaga Air
Sarawak
15 Mei 2010