Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Colours Of Nature - Borneo Highlands Resort

Borneo Highlands Resort terletak di Serian Kuching. Merupakan kawasan tanah tinggi, terdapat chalet untuk golongan elit (sebab mahal sangat). boleh layari http://www.borneohighlands.com.my/. Hanya dibuka untuk lawatan sekitar bulan kemerdekaan 28/8/2010-16/09/2010 sempena Colours Of Nature dengan bayaran rm30 kekawasan plateau entrance atau boleh pakai kenderaan sendiri(kalau berani). Naik ke puncak Borneo dan kawasan kebun sayur dan kebun bunga RM20. bagi golongan kaki gambar merupakan pengalaman beharga, cuma kene datang awal pagi baru syok.
Ketibaan ketika matahari dah atas kepala, gambar pun nampak biasa-biasa. Paling awal kenderaan boleh naik pukul 7.00 pagi. Kami naik yang pukul 11.00 pagi.

Perjalanan naik ke kawasan plateau entrance/Tanah tinggi. Kenderaan bukan 4 wheel drive cubala naik kalau berani.

Kawasan tanah tinggi, Japanese Tea House. Kawasan kami strobist. Kali pertama lihat orang/berlakon buat strobist.

Menara dan kawasan bunga-bungaan. Orang kata tahun lepas punya program lagi banyak bunga berkembang. Harap-harap pergi tahun depan bunga lagi banyak.

Last sekali Puncak Borneo Highlands dan menara untuk lihat pemandangan sekitar Banjaran Kalimantan. Kabus pada gambar diatas terjadi masa kami tengah berehat, tiba-tiba kabus menyelubungi sekitar kawasan. Pertembungan udara panas dan sejuk. Satu keindahan alam yang tak akan dapat kami lupakan. Subhanallah.

Kepada sesiapa yang nak datang untuk ambil gambar pemandangan /landscape dicadangkan datang awal pagi. boleh lihat di Laman Web Borneo Highlands, Gambar waktu matahari naik memang mengancam. Jangan lupa bawa Ultra Wide Angle Lens untuk Landscape dan Macro untuk gambar bunga.

Borneo Highlands Resort
Kuching Sarawak
28/08/2010




Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-53

Seronok rasanya dapat pakai gambar sendiri untuk buat wall walaupun kalau pro tengok rasanya sakit mata sebab gambar takla lawa sangat. Sebab rasanya kalau semua orang boleh ambil gambar tahap pro nanti pro takde keje pulak. "Pro= Photographer profesional @ Photography sebagai mata pencarian utama". Hahaha. Gambar dibawah diambil semasa penutup Sarawak Regatta 2010.


Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-53,
"1Malaysia Menjana Transformasi Negara"

Wednesday, August 4, 2010

Sarawak Regatta 2010 - Kuching Waterfront

Sarawak Regatta mempunyai sejarah yang cukup panjang, bermula tahun 1872 sehingga kini setiap tahun diadakan di Tebingan Sarawak. Apa yang menariknya ada macam-macam aktiviti sampingan. Sempat singgah masa upacara penutup yang cukup meriah, dapatlah merakam peristiwa2 yang berlaku sekitar Tebingan Kuching. Walaupun lama dah duduk Kuching tapi kira kali pertama datang, mana tau jadi Sarawak Regatta terakhir dapat lihat.

Sekitar perasmian penutup. Pengunjung/cameraman dari sebelah seberang Astana mungkin kecewalah sebab pemandangan agak jauh dari Astana.


Upacara membelibelah. Upacara kesukaan isteri saya. hahaha....
Ramai juga orang kelantan yang berniaga pakaian/tudung dll. Harga tak pastilah.

Pameran Motor berkuasa tinggi. sapa yang berminat boleh join.


Barangan kraftangan banyak macam ada model2 baru yang tak ada kat kedai Waterfront. Agaknyala

Pameran dan Jualan barangan kraf.

Banyak lagi aktiviti sempena Sarawak Regatta dari 30/7/10 sampai 1/8/10. Boleh lawati http://www.sarawakregatta.com/ untuk lihat aktiviti sepanjang Sarawak Regatta.

Kadang2 terpikir diri lebih minat ambil gambar aktiviti daripada ambil gambar estatik. Mungkin sebab malas nak edit/bukan orang seni. Setting pun pakai jpeg 8Mpixel (3MB) walaupun boleh guna RAW 15MPixel (20MB).- Camera slow / harddisk penuh/ sebenarnya.

18-135, Tak jauh sangat dan tak wide sangat untuk rakam peristiwa. Rasanya kene kumpul duit untuk invest lens yang Ultra wide (<18mm)>200mm).

Sarawak Regatta 2010
Kuching Waterfront
30/7/10 - 1/8/10