Saturday, July 31, 2010

Mini Zoo / Turn Red Bau, Kuching

Gambar sekitar Mini Zoo. Walaupun Zoo persendirian dan kurang sempurna dari segi keselamatan sangkar dan kurang binatang. Tapi okla, tempat yang menarik sambil-sambil melawat Serikin (Pasar Minggu ). Tempat di simpang tiga pos kawalan Polis ke serikin.
Bayaran RM8 dewasa. Budak RM4

Sunbear -Boleh sentuh sebab dekat. Kalau berani

Aksi Bangau buat pengunjung
.
Rusa jinak. selalunya di Zoo Binatang malu-malu @ bosan.

Gua dan susunan Kayu pokok yang telah berubah jadi batu. Macam di Muzium Batu, Kuching

Gambar kenangan - Penulis dan kawan. Setengah hari yang berbaloi2. Nak jalan jauh2 kewangan dan masa tak mengizinkan. Harap suatu hari nanti..................

Gua Angin ( Wind Cave) - Bau, Kuching

Gua Angin yang terletak di daerah Bau, Sesuai dilawati bagi pecinta alam sebagai lawatan hujung minggu@bajet murah. Walaupun tak segah Gua Miri -Gua terbesar di Dunia, Bolehla sebagai melihat keindahan ciptaan tuhan dengan laluan yang tersedia. Gua sangat gelap dan wajib ada Lampu suluh.

Pintu Masuk Gua
Keindahan ciptaan tuhan

Laluan kayu - memudahkan perjalanan

Laluan penuh dengan tahi kelawar. Dah namanya gua


Sentimental....... Journey continues.....

Rambungan -Gua Angin - Mini Zoo
Bau Kuching
24/07/2010

Pantai Rambungan Kuching

Rambungan Pantai yang dilupakan. Yang ada cuma Chalet yang ditinggalkan, kediaman peribadi tanpa penghuni. Mungkin rumah untuk kediaman hujung minggu/rumah kedua. Kalaulah boleh buat rumah di pantai Rambungan ni......
Bermain dengan bayang

Pakcik/Rokok Gulung/atas feri

Feri Seketi2 - Kalaulah boleh balik Johor naik feri ni, mesti best. Bukan feri. Apatah namanya

Pantai Rambungan. The Journey continues......

Rambungan - Gua Angin - Mini Zoo
Kuching Sarawak
24/07/10

Saturday, July 17, 2010

Pesta Sematan & Lundu 2010

Sekitar Pesta Sematan & Lundu 2010. Cabaran kalini adalah ambil gambar jalanan. Cabarannya nak ambil gambar tanpa rasa segan silu. Dan tanpa menimbulkan rasa kurang senang....

Remaja dan otai

Kraftangan Hasil laut.

Sekitar Kawasan Pesta

Street artist

tengok jela..



Street Photography
Pesta Sematan & Lundu 2010
16-18 /07/ 2010


Saturday, July 10, 2010

First Photo outing - Serikin, Kuching

Walaupun Serikin bukanla tempat asing, senang cerita kawasan wajib dilawati kalau nak balik kampung, Kali ni berpeluang hadir bersama otai-otai fotografi termasukla Sifu Syahrin Abul Aziz. Beramai2 bermakna kurang skit malu2 nak bergambar. Kalau nak kenal sapa Sifu Syahrin ni boleh lawatihttp://www.syahrinaziz.com.

Canon 500D paling cikai, Olympus E-3 12-60mm, Canon 40D 70-200mm

500D bersama abg2nya Canon 7D 50mm L, 5D mkii 24-70 dan Nikon D300. Rasa macam nak upgrade

Air Tebu & Panas terik......


Ipin di Serikin

Ironiknya gambar-gambar ni dari PnS LX-3, bukan DSLR. Hemmmm........ . Gambar lain macam biasa www.flikr.com/maza3550.

Photojournalism - Serikin
Kuching, Sarawak
11/07/2010

Monday, July 5, 2010

Landscape - Matang Family Park


Kawasan perkelahan ni terletak di laluan ke Politeknik dan hari-hari lalu cuma malas nak meneroka kawasan ni. Kali ni 02/07/10 berpeluang menyelusuri kawasan sepanjang Air terjun. Musim kemarau, jadi air cetek. Dibawah antara hasil gambar yang berjaya dirakamkan. Setting Av(A) f22. Filter CPL cap ayam danTripod. Agak berguna juga CPL cap ayam ni. Harap dapatla beli filter ND berkualiti suatu hari nanti - tunggu 11-66 2.8 dulu kot.


Suatu yang dipelajari, masa dan musim, selain tempat yang sesuai sangat penting bagi menghasilkan gambar pemandangan (landscape) yang berkualiti. Gambar 8am akan berbeza dengan gambar pada 12am. Gambar musim kemarau berbeza dengan gambar musim hujan.

Cuba lagi di musim yang lain.........